Saturday, 16 July 2011

Buat Si Dia..Ku Harap Kau Mengerti..

Dia. Siapakah dia? Elok rupanya, elok tuturnya,pokok kata, eloklah..namun, mungkin kami tak akan pernah dijodohkan bersama. Terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum meneruskan sesebuah ikatan. Keluargaku, restu ibu bapaku, itu semua perlu diambil kira. Kutahu dia sedih..namun, mengertilah..mungkin aku bukan ditakdirkn utkmu..

Ku mohon maaf seandainya diri ini telah memusnahkan harapanmu..namun itu bukan bermakna aku adalah seorang player. Tidak sama sekali. Mana mungkin aku dicop sebagai player, sedangkan akulah yg sentiasa mnjadi mangsa..mungkin mereka yg melihat dan memandang dr jauh, menganggap diri ini player..tapi apa boleh buat..mulut orang, tak boleh kita tutup..ku biarkan saja..aku berkawan dengan semua, tidak kuduga ada yg salah mentafsir hubungan ku dengan kwn2..

Dia..aku mmg sayangkan dia, kerana dia adalah salah seorang sahabatku yang setia ketika ku memerlukan. Progres kita terlalu pantas, sehingga aku terpinga2 dan tidak sedar apa yg berlaku. Sehingga suatu ketika, ku tersedar bahawa masih terlalu banyak yg perlu dipertimbangkan..lalu ku mula mnjarakkan diriku daripada si dia..bukanlah kerana aku tak sudi..tapi kerana hati ini masih belum terbuka untuk menerima..

Walau apa pun yang berlaku, ku harap si dia tabah dan tidak ralat untuk bersahabat denganku..aku bersahabat dengan sesiapa sahaja yang sudi, selagi sahabat itu tidak melakukan apa yg kubenci..tak ku sangka diri ini telah melukakan hatinya..Sekali lagi, ku mohon maaf..

Moga si dia terus melangkah maju ke hadapan..dan semoga menemui cinta yang benar2 sejati untuk dirinya..cintailah orang yang mencintai dirimu..amin..

No comments:

Post a Comment