Saturday 20 April 2013

Akhirnya selesai..alhamdulillah

Alhamdulillah..lega rasanya bila satu beban dh terlepas..Nak kata beban pn, x la beban sangat, tapi mau tergolek jgak la aku dibuatnya..Ni la nasib jd guru pengawas merangkap penyelaras pogram Kem Kepimpinan Pengawas 2013. Masuk tahun ni, dh 2 kali aku jadi penyelaras. Kali ni, bagi aku kem ni lagi lancar dan lagi menarik. Aku pn dh mmpu menghandle bnda2 ni tanpa rasa terkujat or terjanggal mcm tahun lpas..
.
Tahun lepas kem pengawas cuma buat kat sekolah je, kali ni saja bagi kelainan, bagi budak2 rasa perubahan persekitaran, buat kt tepi tasik Empangan Beris. Aku yang lalu kt situ selama ni (of course ke rumah Faezah) tak pernah perasan pn ada kem or resort kat situ. Nasib ler kaunselor banyak membantu.
.
Satu je pengajaran daripada kem ni, next time jgn la masak sendiri..mau pengsan rasanya..this is the first and last time. Masak tu mmg la jimat, tapi penatnye ya ampunnn..bkn masak ckit2 uols..masak utk kuantiti yg banyak..idea kaunselor ni la nk masaknye..last2 dia xdpt hadir pn sbb suami masuk hospital..aku n ckgu2 lain jgak yg tertonggeng2 masak..sobs~
.
Dh namanya penyelaras, mstilah aku yg perlu wujud setiap masa. Bila aktiviti malam pn, aku tetap join..masuk kebun getah n jaga check point tepi kubur di waktu tengah malam..mlm ke pagi2 buta pn aku dh xdpt beza dh..aktiviti burung hantu n jejak malam..smpai pkul 5 pg beb..dh tu pkul 6.30 kena masak sarapan..mmg gilos penat..nasib ler ada ckgu2 yg berwibawa dan berdedikasi utk masak..xde la aku terkial2..hoho..
.
Yg paling n sangat2 aku rasa bersyukur, ckgu2 sekolah aku mmg sgt bagus..mmg boleh diharap..ikut jadual aktiviti yg aku sediakan. Kaunselor dgn modul n slot pngisian masing2, geng2 chef dapur dengan menu n strategi masing2, n ckgu2 bhgian rekreasi dan riadah pn mmg sgt3 bagus..smpai ke subuh direkreasikannya beb..wuhu! Bukan setakat tu je, atas kes2 adhoc spt sorg kaunselor aku xdpt hadir sbb suami sakit, maka aku jemput la si Badri Hisyam, member zaman UPM dlu...mmg semangat sangat n bdk2 pn suka dia which is very good..siap berkampung 3hari 2 mlm lagi tau..jgn memain..katanya, dia sangat suka dgn ckgu2 Batu Lapan..best sgt..ya, ckgu2 mmg best Bad oi..yg x best ialah budak2 n pentadbir..oops!
.
oh ya, lagi satu..yg ni mmg mnghairankn dan menakjubkan..bila ada ckgu2 yg rajin, mstila ada yg x brp nk rajin kn..yg org kata, mmg x pnah wujud, x pnah nmpak batang hidung la kalau sekolah buat apa2 program..tapi kali ni, semua mereka yg sgt liat tu mncul kt program aku..wahahahaha..apa yg aku dh buat smpai diorang bjaya mnghadirkan diri ni? sedangkan kem mnggu lpas pn diorg x mncul..mgkin diorg takut berdarah telinga mndengar kelaseran aku ni..mulut aku ni bkn ada insurans kdg2..guru kanan pn kena sound dgn aku tau! haa salah sorg yg liat nk dtg tu, guru kanan la..siap dtg masak kaw! Ajaib x? hehehe~ serious aku tertanya2, mcm mana diorg boleh mnjayakan diri utk hadir..adakah disebabkan aku laser, atau disebabkan keinsafan diri masing2? uhuu x ksh la pape pn.. kita tgk nt next2 program skolah, ada x diorg..kalau xde tu, mknanya sah diorang takut aku laserkan..hahahaha
.
Bersyukur n lega sgt2..semua berjalan lancar..alhamdulillah..
.
skrg kena focus kat beban2 yg lain pulak..choral speaking, pentauliahan pngawas pusat sumber, n mcm2 lagi mslh termasuk mslh diri sndiri..hoho..chow chincau~

Monday 8 April 2013

Syoknye Jadi Cikgu..

I am really, really exhausted..
Having class until 2.05pm, tuition class 2.30pm- 4.00pm, choral speaking practice 4.00-5.30pm..
Ngongeng-ngongeng-ngongeng, angkut barang naik keta, singgah kedai jap, pkul 6.00 baru smpai.
Balik umah tulis lesson plan, memandangkan kt skolah mmg x smpat. (ada masa free pn limited, plus urus bdk2 utk pkhemahan perdana pulak)
Nuu pbs budak2 x mark lagi, sok ada kelas depa..igt nk smbung wat pbs..
Pfffffttt..being a teacher is really tiring. Rasa nk pengsan dh ni. Otak klu ikutkn mmg x brp nk ok n ngantuk dh ni, tp bila pk byk lg kerja nk kena setel, kugagahkn jua..
.
esk kul 2.00 ada meeting post mortem spm. right after that latihan choral speaking lg.
.
Lusa ada kursus bengong smpai kul 6.
.
Khamis dh start pkhemahan smpai sabtu.
.
Life must be hard, huh?
.
Kerja yg murni bertukar menjadi kerja yg x iklas bila terlampau byk bebanan dan rungutan..
.
.
.
Ya Allah..tabahkanlah aku dalam menjalani liku2 hidup sebagai insan yang bergelar guru..

Saturday 6 April 2013

'Beliau'

Malaysia sudah menjadi parah. Bukak TV3, politik. Bukak FB pn politik. Bukak paper (belum bukak lg, dh terpapar kt muka depan) pun politik. *sigh* eh kejap, nape tetibe aku tercakap bnda politik lak ni? @_@
.
Ok. Seluruh Malaysia dijaja dengan cerita dan fitnah di sana sini. Pihak ni fitnah pihak sana, pihak sana fitnah pihak ni. Macam-macam. Ntah la..dalam banyak2 politician yg ada, aku cuma percaya kt sorang je. Dan yang seorang ni la sentiasa difitnah, dicaci, di merata2 tempat, termasuk media paling top, TV3 dan paper Utusan, tak pun Harian. Walau macam mana keadaan sekalipun, mesti dia ni dicaci dan difitnah. Pantang berbicara, mesti ada ayatnya diputarbelit dan di'cut' lalu dipapr di dada akhbar.
.
Dan disebabkan cacian dan fitnah melalui akhbar dan TV ni la, mereka2 yang tidak mengenalinya turut memaki hamun dan mencaci beliau tidak semena2..kesiannya beliau. Entah sudah berapa banyak pahala yg dia dapat hasil daripada cacian dan makian ini. Fitnah apetah lagi. Orang yang fitnah2 ni tak takut dengan dosa ke? Heran betul la aku..dosa fitnah itu lebih besar darpada membunuh..
.
Mereka2 yang menyokong pihak yang memfitnah ni mungkin termakan dengan kata2 yang dihidangkan melalui media. Tak mengapalah..kami sentiasa tahu beliau seorang yang berbeza dengan fitnah-fitnah tersebut. Ya, aku hidup di kawasan beliau. Sudah tentu aku lebih tahu dan mengenali beliau dan sifat2 beliau berbanding mereka yang hanya mengenali beliau dari kaca TV dan suratkhabar bukan?
.
Bila dengar je orang mengata dan mengutuk beliau, aku agak tergamam dan terkedu, tapi apakan daya, hanya mampu berbicara di dalam hati ;) sabarlah, Allah lebih mengetahui.
.
Semoga mereka yang memfitnah ini diberi hidayah oleh Allah s.w.t..

Monday 1 April 2013

Another J comes..

Aktif sungguh aku menghapdet blog semenjak dua menjak ni..Sblm ni aku cita pasal F. Skang ni J pulak..homaigod! Another J of my life! J yg dlu sudah hapus lenyap ditiup angin kencang..hohoho..
.
Tetiba mncul J yg lain..the one who already existed when i was in primary school, tapi malangnya aku x knal dia..kls lain katanya..tah la labu..
.
Ujung taun lpas lg dia rajin duk msj kut inbox aku..tp aku bls gtu2 jela..i dont wanna give hope, again..2,3 kali dia send bru 1 aku reply..huhu ksiaaan dia..pastu mnyepi la seketika dia ni..igtkn dh sepi terus la..tiba2, ari ni mncul kmbali..ayoyooo mcm mana ni? bikin complicated pulak..
.
dan aku buat kputusan layan mcm biasa je..tp idok ler terlampau dingin mcm sblm ni..bls la setiap yg disend tu..time2 mcm ni aku kena kawan dgn smua org yg ada..i mean, yg nk knal2 ngn aku..pstu bru pilih..kikiki..
tp yg ni mmg x give up..wpun dilayan ala kadar je sblm ni, dia tetap gigih mncuba..maka skrg aku rasa x patut aku layan dia gtu2 je..dan lg satu, dia asyik duk bg hint2 je..aku paham la hint dia tu..cuma buat2 x paham je..huhuu..
.
the problem is, org yg aku duk tnggu bg hint kt aku ni x mnunjukkan belang lg ni..pmalu sgt ke dia? atau sbnarnya nk kawan2 je ngn aku? tapi umur dia dh 30, dh tua pn klau stkt nk kwn gtu2 je..yg ni pn nmpk ksngguhan jgak..tp dr segi sms..FB mmg x pnah mncul pn..jarang sgt la dia nk update..klu sms tu hr2, tp biasa2 la..x nmpk hint pn lg..
.
adduuuuu..aku dalam dilemma~~ hahahaha bajet hot..gilo.
.
tapi skang bkn masa utk blengah2 lagi..umur dh 26, harus bertindak cepat..xpe, aku bg pluang dlu kt diorang2 ni mnunjukkan keikhlasan masing2..
.
ya Allah..tolong la aku..