Saturday 6 April 2013

'Beliau'

Malaysia sudah menjadi parah. Bukak TV3, politik. Bukak FB pn politik. Bukak paper (belum bukak lg, dh terpapar kt muka depan) pun politik. *sigh* eh kejap, nape tetibe aku tercakap bnda politik lak ni? @_@
.
Ok. Seluruh Malaysia dijaja dengan cerita dan fitnah di sana sini. Pihak ni fitnah pihak sana, pihak sana fitnah pihak ni. Macam-macam. Ntah la..dalam banyak2 politician yg ada, aku cuma percaya kt sorang je. Dan yang seorang ni la sentiasa difitnah, dicaci, di merata2 tempat, termasuk media paling top, TV3 dan paper Utusan, tak pun Harian. Walau macam mana keadaan sekalipun, mesti dia ni dicaci dan difitnah. Pantang berbicara, mesti ada ayatnya diputarbelit dan di'cut' lalu dipapr di dada akhbar.
.
Dan disebabkan cacian dan fitnah melalui akhbar dan TV ni la, mereka2 yang tidak mengenalinya turut memaki hamun dan mencaci beliau tidak semena2..kesiannya beliau. Entah sudah berapa banyak pahala yg dia dapat hasil daripada cacian dan makian ini. Fitnah apetah lagi. Orang yang fitnah2 ni tak takut dengan dosa ke? Heran betul la aku..dosa fitnah itu lebih besar darpada membunuh..
.
Mereka2 yang menyokong pihak yang memfitnah ni mungkin termakan dengan kata2 yang dihidangkan melalui media. Tak mengapalah..kami sentiasa tahu beliau seorang yang berbeza dengan fitnah-fitnah tersebut. Ya, aku hidup di kawasan beliau. Sudah tentu aku lebih tahu dan mengenali beliau dan sifat2 beliau berbanding mereka yang hanya mengenali beliau dari kaca TV dan suratkhabar bukan?
.
Bila dengar je orang mengata dan mengutuk beliau, aku agak tergamam dan terkedu, tapi apakan daya, hanya mampu berbicara di dalam hati ;) sabarlah, Allah lebih mengetahui.
.
Semoga mereka yang memfitnah ini diberi hidayah oleh Allah s.w.t..

2 comments:

  1. erk... hahahaha... aku minta maaf weh atas komen adik aku tu... like you said, she only learn through whats stated in tv n paper...

    ReplyDelete
  2. hahaha..tau pulak hg sapa 'beliau' yg aku mksudkn ni..

    ReplyDelete